Saya mengucapkan selamat kembali ke kampus dan memulakan pengajian semester 2 tahuan 2012 kepada Pensyarah dan pelajar IPGK Pendidikan Teknik. Saya juga ingin merakamkan tahniah dan selamat datang kepada 19 orang pelajar baru program PPISMP bidang Pendidikan Seni Visual. Saya berharap semua pihak tanpa mengira yang lama atau yang baru, sama-sama berkerja dalam satu pasukan untuk memastikan IPGK kita cemerlang dan menjadi IPG contoh. Saya juga ingin merakamkan tahniah kepada 255 orang pelajar kita pelbagai bidang dan program telah lulus dan dianugerahkan Diploma di majlis konvokesyen yang dijadualkan pada 10 hingga 13 Julai ini di Purajaya. Terima kasih kepada semua warga IPGK Pendidikan Teknik khususnya para pensyarah kerana telah menunaikan amanah mendidika pelajar tersebut dengan penuh rasa tanggungjawab, sabar, dedikasi, berhemah dan bijaksana.
Tahniah atas usaha tuan mendekatkan diri dengan warga IPGK PTeknik.
ReplyDelete